Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

[Tidak rasmi] Azeez Ketinggalan...

BALING : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Hassan Saad mengatasi...

Lapan Daerah Zon Jingga...

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu berhasil...

Fatwa MUI: Haram Hukumnya...

MAJELIS Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan Fatwa baru iaitu Fatwa No. 83 Tahun 2023...

Lebih 4 Juta Rakyat...

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab...

Ribut Ranapkan Khemah Peniaga Karnival Raya

KULIM : Sebahagian besar peniaga Karnival Raya Padang Serai terpaksa menanggung kerugian apabila khemah perniagaan mereka rosak dipukul ribut, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang tadi ketika kesemua peniaga di karnival itu sedang menjalankan perniagaan masing-masing.

Peniaga, Abdul Halim Hashim, 50, berkata, dia yang baru tiba di tempat kejadian sejurus kejadian berlaku terkejut melihat khemah peniaga berselerak.

Katanya, paling terkesan adalah peniaga pakaian kerana banyak baju yang basah akibat hujan lebat.

“Terdapat lebih 70 peniaga yang berniaga di karnival ini dan kebanyakan mereka terpaksa menanggung rugi hari ini disebabkan semua barangan rosak.


“Gerai menjual minuman dan makanan pula rosak akibat hujan lebat serta berselerak.

“Walaupun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan tetapi kasihan juga pada semua peniaga akibat kejadian ini yang berlaku secara tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdul Halim, karnival itu berlangsung sejak awal Ramadan lalu sehingga Hari Raya Aidilfitri ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori