• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tebatan Banjir Dipercepat Melalui ‘Fast-Track’ Tender – PM

oleh AK-47
14/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Projek Tebatan Banjir Dipercepat Melalui ‘Fast-Track’ Tender – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah ‘fast-track’ atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang memberi jaminan itu berkata, pemberian segera projek tebatan banjir tersebut susulan keadaan banjir yang melanda beberapa negeri.

“Kalau kita guna proses tender biasa, ia tidak boleh (diselesaikan) dalam bulan Jun dan Julai. Jadi, saya minta fast track (supaya) diselesaikan bulan Jun dan take off pada Julai,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibharim Tuan Man pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, mengenai proses tender dan syarikat yang dianugerahkan projek tersebut.

Anwar yang juga Menteri kewangan berkata, selain Johor, projek tebatan banjir termasuk Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan; Terengganu dan Kedah juga disegerakan menggunakan kaedah ‘fast-track’.

Beliau juga memaklumkan belum ada mana-mana syarikat dianugerahkan projek tebatan banjir di Johor dan beberapa negeri lain setakat semalam.

Sebelum ini, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.

Projek itu melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor dan pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor serta projek lain iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.

-Sinar Harian

Tags: ‘Fast-Track’ TenderpmProjek Tebatan Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd