Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

PBM Buat Pelaburan Selamat...

Sesiapa yang mahu membuat pelaburan pasti mencari pelaburan yang selamat dan diramal menguntungkan....

Jiran Terdengar Anak Mangsa...

MELAKA – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai dikelar ahli keluarga sendiri...

ADUN Dengkil Sah Negatif...

POLIS mengesahkan ujian patalogi yang dijalankan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil,...

Pembunuh Tinggal Serpihan Pedang

KAJANG - Seorang peniaga pasar malam ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala,...

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata perhimpunan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka itu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain lagi.

“Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurutnya, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.


Dia juga menggesa orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Jawatankuasa penganjur Women’s March Malaysi dalam satu kenyataan berkata perarakan itu bertujuan menyeru kesaksamaan gender, keadilan dan menamatkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan anak perempuan.

Perarakan itu antara lain menuntut perkahwinan kanak-kanak diharamkan secepat mungkin, menggesa kerajaan melindungi kebebasan memilih, menggubal perlembagaan dan perundangan untuk mencapai kesaksamaan gender, penyertaan politik yang sama rata bagi jantina yang tertindas di semua peringkat tadbir urus dan memastikan taraf pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori