• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Khas RM100

oleh Mohd Arshad
15/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Khas RM100
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas tahun 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kenaikan itu adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 di mana Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian itu kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata mengambil kira peranan penting penjawat awam negeri yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pahang, kerajaan negeri bersetuju menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan itu.

Katanya, pemberian KGT Tambahan Khas itu tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2023 dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.

“Pemberian ini akan membabitkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 penjawat di bawah pentadbiran Kerajaan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap dengan pemberian KGT Tambahan Khas itu, penjawat awam negeri Pahang dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

BHonline-

Tags: Kenaikan Gaji Tahunankerajaan pahangPahangPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd