Sample Page Title

SEREMBAN – Penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran Bandar Ainsdale di sini, yang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan pada Jumaat asalnya hanya tempat tinggal pekerja binaan warga Indonesia yang bekerja di beberapa projek di kawasan sekitar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, kebanyakan mereka terus menetap di situ selepas projek perumahan siap dengan sebahagian besar permit kerja mereka sudah tamat tempoh.

Malah kawasan seluas kira-kira 0.4 hektar(1 ekar) yang berhampiran dengan tangki air itu dipercayai sudah wujud dalam tempoh kurang lima tahun.

Tinjauan Sinar Harian bersama beberapa media di kawasan berkenaan mendapati, laluan ke penempatan itu lebih mudah diakses namun jalan menuju ke kawasan penempatan itu agak berbukit, namun tidak terlalu berbahaya.

Sebaik sampai di lokasi, kelihatan beberapa rumah kayu seakan rumah kongsi didirikan di situ selain turut mempunyai haiwan peliharaan seperti itik, ayam dan monyet.

Tanaman seperti ubi, pisang, pandan dan betik dapat dilihat ditanam di kawasan rumah.

Meskipun lokasi itu telah diserbu pihak berkuasa, masih kelihatan beberapa individu tinggal di situ.

Seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Raji, 54, memberitahu, hanya tinggal 12 orang saja di situ selepas yang lain ditahan pihak berkuasa.

Dia memberitahu tinggal di situ sejak tujuh bulan lalu selepas diarahkan majikannya dan bekerja sebagai buruh membuat longkang.


Katanya, rumahnya dibina sendiri dan menggunakan air dari bukit serta generator untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Seorang lelaki berusia 32 tahun pula memberitahu, dia memilih tinggal di situ dengan bapa saudara kerana lebih jimat dan tidak perlu membayar sewa.

Tinjauan di lokasi juga mendapati ada penghuni yang memiliki kereta dan difahamkan di situ turut mempunyai kemudahan kedai runcit dan surau.

Pengarah JIMNS berkata, Kennith Tan Ai Kiang berkata, hasil siasatan mendapati majoriti warga asing yang tinggal di situ merupakan beragama Islam.

“Berdasarkan siasatan mereka tinggal di situ kerana ada yang bekerja di kawasan berhampiran tetapi bila projek selesai, mereka terus tinggal di situ.

“Sebelum ini, ada antara mereka yang memang bekerja secara sah tetapi apabila permit tamat, mereka terus menetap dan kami tahan mereka atas kesalahan tinggal lebih masa,” katanya.

Berkenaan tempoh penempatan itu, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan, namun berdasarkan pandangan peribadinya ia dipercayai dibina dalam masa kurang lima tahun.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...