Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang melanggar enam kenderaan sebelum kereta yang dipandunya terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil, Sabtu lepas, ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi berhampiran Bulatan Lumba Kuda itu, suspek yang memandu kenderaan jenis Lexus telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan bagi menunggu lampu isyarat hijau.

“Kemalangan itu bagaimanapun hanya menyebabkan kerosakan kenderaan yang terbabit dan tidak membabitkan sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja dan ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebih RM15,000 atau kedua-duanya,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...