Sample Page Title

Seremban : Bekas pengurus sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat itu berjumlah lebih RM40,000 dari Jun hingga Julai tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Siti Khadyja Razali, 28, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pengurus sebuah syarikat yang telah diamanahkan suatu harta iaitu wang hasil jualan syarikat berjumlah RM41,143.50 telah melakukan pecah amanah jenayah.

Kesalahan dilakukan di pejabat syarikat terbabit di Aeon Nilai, dekat Nilai, dari 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu.

Dengan itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Hukuman hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.


Pegawai Pendakwa Polis Asisten Superintendan L Rathna mencadangkan mahkamah supaya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan wang jaminan paling minimum memandangkan tertuduh sudah tidak bekerja sejak kejadian itu, malah memaklumkan tertuduh memberi kerjasama kepada polis sepanjang ditahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes pada 24 Mac depan.

Sementara itu, di luar bilik mahkamah, ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pengamal media yang membuat liputan kes berkenaan dan menghalang jurufoto mengambil gambar tertuduh.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...