Sample Page Title

Port Dickson : Lelaki dipercayai kurang siuman mati ditikam peniaga makanan di pekan Lukut, di sini malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai kurang siuman dan selalu merayau di sekitar pekan Lukut.

“Dia memang selalu minta makanan kepada peniaga di kawasan ini tetapi kali ini dia bernasib malang kerana ditikam dengan menggunakan barang tajam oleh peniaga kenderaan saji atau foodtruck.

“Saya dimaklumkan, peniaga itu datang daripada Segamat dan dia lari dengan Proton Wira berwarna putih sebaik menikam lelaki itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 7.35 malam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

“Polis menerima maklumat seorang lelaki ditikam dengan menggunakan objek tajam di kawasan Medan Selera Cina di pekan Lukut.

“Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.


Katanya, selepas diperiksa Pegawai Perubatan yang tiba pada jam 7.55 malam, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

“Mangsa berusia 38 tahun dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dan bedah siasat,” katanya.

Muhamad Mustafah berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

“Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...