• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pahang Cecah 2,641 Orang

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mangsa Banjir Di Pahang Cecah 2,641 Orang
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Seramai 2,641 mangsa daripada 816 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini, setakat jam 4 petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2,317 mangsa daripada 706 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, memaklumkan lima daerah terjejas banjir membabitkan Rompin, Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut.

Berdasarkan rekod, Rompin merekodkan jumlah mangsa paling ramai dengan 2,271 orang, diikuti 302 orang di Temerloh, masing-masing 29 orang di Maran dan Bera, manakala 10 orang di Jerantut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin hingga esok.

Hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pekan, manakala hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera.

Sementara itu, empat sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 4.15 petang ini.

Sungai berkenaan ialah Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong di Rompin; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Triang di Bera.

Sungai Jempol di FELDA Jengka, Maran dan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, pula melepasi paras amaran.

Paras air di lima sungai yang melepasi paras waspada ialah di Sungai Belat di Seri Damai dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan.

Selain itu di Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran; Sungai Semantan di Jambatan Keretapi, Mentakab di Temerloh dan Sungai Pahang di Lubuk Pasu, Temerloh.

BHonline-

Tags: Banjirmangsa banjirPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd