• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Malaysia Perlu Tonjol Diri Sebagai Kota Ilmu Dan Bakat’

oleh Mohd Arshad
13/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Malaysia Perlu Tonjol Diri Sebagai Kota Ilmu Dan Bakat’
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhasrat menjadikan negara ini sebagai hab ilmu dan pengembangan bakat pelajar dari seluruh dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Malaysia mesti menarik bakat terbaik dunia khususnya dari negara membangun untuk datang ke sini.

“Negara-negara dunia mesti diyakinkan untuk menghantar bakat terbaik dan pemimpin pelapis mereka yang paling berpotensi untuk diasuh dan digilap di Malaysia.

“Mereka mesti memilih Malaysia sebagai batu loncatan kepada kerjaya yang lebih besar, inovasi yang lebih terkini dan sumbangan yang lebih bermakna kepada masyarakat serantau mahupun warga dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Pelancaran Program ‘Dual Campus’ dan ‘Double Degree’ Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Rektor Universitas Airlangga (UNAIR), Prof Dr Mohammad Nasih.

Mohamed Khaled berkata, sehingga Jun tahun lalu, seramai 10,607 pelajar Indonesia di Malaysia, manakala 1,398 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian tinggi di Indonesia.

Katanya, walaupun jumlah itu agak memberangsangkan namun ia boleh ditambah baik.

“Perkara ini sangat bertepatan dengan cita-cita saya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pengembangan bakat yang dihormati dunia.

“Malaysia harus menonjolkan diri sebagai kota ilmu dan bakat,” katanya.

Justeru itu katanya, pelancaran program ‘Dual Campus dan ‘Double Degree’ MSU hari ini, harus menjadi satu manifestasi yang membuktikan keupayaan sektor pendidikan tinggi Malaysia dalam mengangkat kecemerlangan merentas sempadan.

“Jadi, saya harap MSU akan membantu hasrat Kementerian dengan meyakinkan lebih ramai pelajar dan bakat terbaik dari Indonesia untuk datang belajar dan dilatih di sini.

“Perkara ini sudah pasti akan sangat membantu keterlihatan kita di peringkat serantau,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Khaled NordinKota Ilmu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd