• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS Tulsa (LCS 16) di North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang dari 14 hingga 16 Mac lalu hanyalah persinggahan sementara bagi tujuan logistik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kehadiran kapal tersebut merupakan ‘port of call’ sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.

Menurut beliau, persinggahan kapal tentera laut asing di pelabuhan Malaysia bukan perkara baharu, sebaliknya telah lama diamalkan dalam hubungan pertahanan serta pelayaran antarabangsa.

“Ini sebahagian daripada aktiviti diplomasi pertahanan bagi meningkatkan keyakinan selain memelihara kedaulatan serta keutuhan wilayah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tujuan utama ‘port of call’ bagi membolehkan kapal melaksanakan urusan logistik seperti ulang bekal, penyelenggaraan ringan serta memberi peluang rehat kepada anak kapal.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Malaysia mempunyai prosedur dan dasar jelas berkaitan kehadiran kapal tentera laut asing di pelabuhan komersial atau pangkalan laut.

“Setiap permohonan untuk berlabuh perlu melalui saluran rasmi dan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Malaysia,” jelasnya.

Ujar beliau, persinggahan seperti itu juga berlaku secara berkala melibatkan kapal tentera laut dari pelbagai negara, termasuk negara-negara rakan dan berkepentingan yang melalui laluan perairan negara.

“Sama ada Selat Melaka atau Laut China Selatan bagi tujuan eksesais dua hala atau pelbagai hala serta misi antarabangsa dalam memastikan kestabilan serantau dan keamanan sejagat seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan,” katanya.

Sepanjang tahun 2025, Malaysia merekodkan sebanyak 75 kunjungan kapal tentera laut asing dari 14 negara melalui aktiviti ‘port of call’, termasuk Australia, Britain, China, India, Jepun dan Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB

Tags: Khaled Nordin
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd