• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti itu supaya kembali ke pangkuan UMNO.

Beliau berkata, dalam sebuah keluarga besar, perselisihan dan kekhilafan adalah lumrah yang tidak seharusnya menjadi sebab untuk memusuhi parti tersebut.

“Bumi mana tidak ditumpahi hujan, langit mana yang tidak menyaksikan mega mendung berarak. Namun, perselisihan tersebut tidak seharusnya menjadikan rumah ini dimusuhi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua pihak yang pernah berada dalam parti itu mempunyai kenangan serta pengalaman bersama yang tidak wajar dilupakan.

“Di persadanya kita semua pernah membesar, terdidik dan mendapat perlindungan. Rumah ini masih kukuh, bayunya masih seperti dahulu, dan hujan rintik terus dihias pelangi jua.

“Kami yang tertinggal masih merindui semua kenangan dahulu sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, hubungan UMNO dengan orang Melayu terlalu mendalam, bagai air yang dicincang tidak akan putus.

Kata beliau, dalam segala kebaikan dan kekurangannya, UMNO tetap menjadi benteng yang melindungi serta memelihara maruah bangsa. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli UMNODato’ Seri Mohamed Khaled NordinKhaled Nordin
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

Khaled Nordin Adakan Pertemuan Dengan Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth Di Filipina

Khaled Nordin Adakan Pertemuan Dengan Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth Di Filipina

29/10/2026
0

CEBU - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd