Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Malaysia Terima Ubat Antiviral...

PETALING JAYA - Malaysia bakal menerima ubat-ubatan antiviral untuk diberikan kepada pesakit Covid-19...

Anggota Polis Tertembak Rakan...

KUANTAN – Seorang anggota polis di Balai Polis Padang Tengku, Lipis cedera akibat...

Bekalan Air Di 28...

Kuala Lumpur : Status pemulihan bekalan air di 21 daripada 28 kawasan di...

3,973 Kes Positif Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,973 kes positif Covid-19 setakat...

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lufya yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi ditemani ibunya dan peguam syarie yang mewakilinya. Sementara, Che Muhammad Hafiz, 33, turut hadir di mahkamah bersama peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan ditemani isteri, Julia Farhana Marin.

Prosiding pengurusan kes tersebut selesai kira-kira pukul 10 pagi dengan Lufya enggan ditemubual pihak media sebaik sahaja proses selesai.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, pengurusan kes tersebut adalah selepas Lufya memfailkan tuntutan berkenaan kepada pihak mahkamah pada Oktober tahun lalu.

“Selepas tuntutan berkenaan, Lufya dan Che Muhammaf Hafiz melalui proses Sulh, namun proses itu tidak tercapai. Jadi, hari ini adalah proses pengurusan kes dan kami sedang menunggu tarikh daripada pihak mahkamah untuk sebutan kes seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Muhammad Hafiz ketika ditemui berkata, beliau agak terkejut dengan amaun tuntutan Mut’ah yang dituntut Lufya.

Bagaimanapun, beliau menghormati tuntutan yang dibuat bekas isterinya itu namun menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan jumlah tuntutan yang perlu diberikan kepada Lufya.

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply