Sample Page Title

Seremban : Satu lagi penempatan haram pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri ini diserbu pihak berkuasa pada awal pagi, hari ini dan 32 individu ditahan termasuk kanak-kanak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, ‘perkampungan’ di Bandar Ainsdale, di sini sudah didirikan sejak beberapa tahun lalu, di kawasan tersembunyi sejauh kira-kira 1 kilometer (km) dari jalan utama.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi bersepadu itu dibantu Bahagian Penguatkuasaan Imigresen KLIA, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Dalam operasi ini seramai 47 warga asing diperiksa dan hasilnya 32 orang terdiri daripada 16 lelaki, 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditahan.

“Kesemua mereka dipercayai tinggal di penempatan itu sejak beberapa tahun lalu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat Pati yang cuba meloloskan diri daripada ditahan namun dapat dipatahkan oleh pasukan.

“Pasukan operasi juga menemui kawasan yang didirikan khemah di dalam hutan berhampiran, yang dijadikan tempat persembunyian sekiranya diserbu pihak berkuasa.


“Penempatan ini berada di kawasan permukaan bumi yang tidak rata yang mendatangkan risiko kecederaan tinggi kepada semua pegawai. Pasukan operasi terpaksa berjalan melalui kawasan hutan sejauh 1 km sebelum sampai ke lokasi,” katanya.

Kennith berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng di Nilai.

“Operasi Ini dilaksana berdasarkan aduan dan maklumat orang awam serta tindakan risikan oleh JIM Negeri Sembulan selama dua minggu.

“Pihak kami juga sedang mengenalpasti sama ada penempatan ini didirikan di atas tanah persendirian atau milik kerajaan yang diteroka secara haram.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dimaklumkan untuk tujuan perobohan jika didapati penempatan ini berada di atas tanah milik kerajaan,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...