• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Kaji Pindaan AUKU Secara Menyeluruh

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPT Kaji Pindaan AUKU Secara Menyeluruh
Share on FacebookShare on Twitter

Serdang : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengkaji dengan mendalam untuk meminda beberapa peruntukan yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian itu sedang dilaksanakan dan KPT akan melakukan pindaan itu secara menyeluruh dan bukan satu persatu.

Katanya, usaha itu memang selari dengan hasrat kementerian dan KPT akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar kerana perlu menelitinya terlebih dahulu.

“Kita sedang mengkaji secara mendalam kerana kita nak melakukan pindaan secara menyeluruh, bukannya satu persatu.

“Perdana Menteri tak kata hapuskan, namun akan ada fasal-fasal peruntukkan yang berkisar kepada kebebasan dan autonomi akan dilihat dan mungkin dipinda.

“Oleh itu, kita hendak tengok secara menyeluruh apa lagi yang mahu dipinda,” katanya kepada media di majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) di antara Farm Fresh Bhd dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan menghapuskan peruntukan dalam Auku yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah.

Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan salah seorang peserta Dialog Anak Muda-Temu Anwar yang memintanya menyatakan pendirian mengenai Auku.

-Harian Metro

Tags: AUKUKhaled NordinKPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd