• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kestabilan Politik Dorong Pelabur Arab Saudi Ke Malaysia

oleh Mohd Arshad
25/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kestabilan Politik Dorong Pelabur Arab Saudi Ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kempen berterusan Malaysia membendung rasuah dan menggalakkan ketelusan, membuka laluan lebih jelas kepada negara untuk menarik pelaburan asing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri yang banyak bertemu komuniti perniagaan global ketika lawatan luar negaranya sejak memegang jawatan November lalu, berkata keadaan itu banyak disumbang oleh kestabilan di Malaysia.

Mengakhiri mengakhiri lawatan rasmi tiga harinya ke Arab Saudi semalam, Anwar berkata, ketua industri negara itu memaklumkan gembira dengan perkembangan di Malaysia dan mahu meneroka peluang pelaburan, Mei ini.

Katanya, Bank Pembangunan Islam (ISDB), Dewan Perniagaan dan Industri Jeddah serta pemimpin komuniti perniagaan Arab Saudi yang diwakili Dewan Perniagaan Kebangsaan, adalah antara yang komited berminat menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Mereka gembira dengan perkembangan politik di Malaysia, ia sesuatu yang sudah lama ditunggu-tunggu.

“Mereka amat mengenali Malaysia kerana berada di sana sejak 1980-an, 1990-an, semuanya menunggu kestabilan, hala tuju jelas dan komitmen bagi memastikan kelancaran menjalankan perniagaan, menamatkan rasuah serta tadbir urus yang baik.

“Ini akan memberi manfaat besar bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga komuniti pelabur,” katanya sambil menambah antara bidang yang diminati termasuk keselamatan makanan, minyak dan gas, serta pelancongan dan industri perkhidmatan.

Anwar berkata, kestabilan politik itu diperkukuh dengan komitmen tiga tonggak utama Kerajaan Perpaduan – Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak.

“Hakikatnya ialah kerajaan sememangnya stabil dan yang pasti, parti-parti tidak akan mengingkari komitmen untuk memastikan kestabilan,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, komponen ini akan terus memberi mandat kepada kerajaan untuk memerintah.

Anwar turut menyedari pembangkang akan terus memburuk-burukkan kerajaan.

Walaupun Kerajaan Perpaduan mengalu-alukan kritikan membina, Perdana Menteri berkata, langkah memainkan isu yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai dan masyarakat antarabangsa akan merugikan.

“Percubaan itu tidak putus-putus oleh mereka yang mendambakan kuasa tetapi tanpa mandat dan sokongan,” katanya.

Pada lawatan itu, Anwar ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Pada hari pertama lawatan, delegasi Malaysia menunaikan umrah dan terbabit dengan pertemuan bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Muslim Dunia di Makkah.

Antara lain, mereka membincangkan isu yang melanda dunia Islam dan inisiatif membina jaringan, berdasarkan nilai serta kerjasama bersama.

-Berita Harian

Tags: Kestabilan PolitikPelabur Arab Saudipm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd