Sample Page Title

PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback mengandungi syabu bernilai RM17.8 juta di Kampung Pohon Buluh di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rampasan pukul 8.30 malam itu dilakukan selepas PGA mengesan sebuah kereta yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan ditepi jalan.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, curiga melihat kereta itu anggota bertugas telah membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai beratus peket plastik minuman kopi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati peket kopi itu mengandungi dadah jenis syabu yang telah diisi di dalam guni ,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.


Muhammad Zaki memberitahu, berkemungkinan besar kereta terbabit ditinggalkan di tepi jalan selepas kegiatan itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Katanya, Polis Kelantan percaya sindiket dadah tersebut untuk pasaran seluruh negara.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...