• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tidak Pernah Puas Dengan Kejayaan – TMJ

oleh Mohd Arshad
13/03/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Tidak Pernah Puas Dengan Kejayaan – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akui kelab itu tidak pernah puas dengan kejayaan yang sudah dikecapi sebaliknya ia umpama ketagihan yang tidak dapat dikawal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jelas Tunku Ismail, ketagihan itu ini berkisar di peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL) di mana JDT sedang berusaha untuk melangkah lebih jauh dalam pentas tertinggi Asia itu.

“Kalau dalam soal kemenangan, kita tidak boleh penat kerana kemenangan itu bagaikan satu ketagihan. Contohnya kita tidak tewas dalam saingan liga sebanyak tiga kali dan kita buat rekod jaringan serta bolos.

“Setiap sasaran ini jadi motivasi untuk kami capai dan sudah tentu, ideanya adalah untuk melihat sejauh mana kami boleh pergi dengan pasukan gergasi Asia di ACL.

“Ini bukan perkara yang mudah. Ya, walaupun kami sudah menang banyak trofi tetapi setiap rekod itu bermakna kerana ia pencapaian dan memberi satu motivasi,” kata Tunku Ismail ketika ditanya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada temu bual eksklusif menerusi segmen Bekpes Hot di Hot FM, pagi tadi.

Pada sesi temu ramah itu, Tunku Ismail sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk menjawab persoalan yang diajukan Khairy serta penyampai lain seperti Johan, Fara Fauzana dan AG.

Sementara itu, Tunku Ismail turut berkongsi kesukaran membina reputasi JDT selama ini yang dianggapnya sukar dan penuh dengan cabaran.

“Pada tahun 2013, saya tidak kenal satu pun pemain dalam Malaysia tetapi sejak 2014, saya lebih kenal pemain dan mula merekrut pemain.

“Tiada orang nak masuk JDT pada mula-mula dahulu kerana tiada keyakinan, mereka bimbang (bola sepak) adalah hobi sementara dan takut tidak bayar gaji dan ada masalah pada masa akan datang.

“Susah juga dan tidak begitu senang yakinkan pemain untuk masuk JDT,” katanya.

-Harian Metro

Tags: JDTKejayaanTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKD Akan Dapatkan Maklumat Mengenai Kejadian Menimpa Kamal Adli

Next Post

KKD Kaji Naikkan Ketinggian Menara Telekomunikasi

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post
KKD Kaji Naikkan Ketinggian Menara Telekomunikasi

KKD Kaji Naikkan Ketinggian Menara Telekomunikasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd