Sample Page Title

KANGAR : Seorang suri rumah maut ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal dalam kejadian di sini, kira-kira 6 pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata tembakan berlaku di kediaman pasangan di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.

Katanya, isteri anggota polis itu maut di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

“Kejadian berlaku selepas suspek baharu sahaja tamat syif tugasan dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh, 27 tahun.

“Suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka, terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, hari ini.

Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu lari meninggalkan rumah.

“Bapa mentua suspek kemudian menelefon anak lelakinya untuk memaklumkan kejadian, sebelum menghubungi polis.

“Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 pagi, pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.

“Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri gagal apabila suspek mendiamkan diri dalam rumah. Polis berjaya memasuki rumah berkenaan dan didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri, di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya,” katanya.


Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.

“Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku pergaduhan atau pertikaian di antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.

“Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis,” katanya.

Beliau turut menjelaskan setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok untuk perintah reman.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...