• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Fasiliti Terjejas Teruk Banjir Akan Dibaik Pulih

oleh AK-47
26/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Enam Fasiliti Terjejas Teruk Banjir Akan Dibaik Pulih
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, enam fasiliti itu terdiri daripada Klinik Kesihatan Chaah, dan lima Klinik Desa (KD) di Kampung Tengah, Kampung Jawa, Kampung Jabi, Tenang Station dan Desa Temu Jodoh, kesemuanya di Segamat.

“Jumlah kerosakan kita anggarkan RM1.8 juta dan kos baikpulih fasiliti dianggarkan RM750,000 untuk semua fasiliti yang terlibat. Jumlah (peruntukan untuk) baik pulih ini telah diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas melawat KD Kampung Tengah, di sini pada Ahad.

Katanya, setakat ini hanya KD Kampung Tengah yang dikenal pasti akan dipindahkan ke kawasan baru, kerana klinik itu bukan sahaja terdedah dengan kejadian banjir, malah kedudukannya dilihat agak dekat dengan jalan raya, dan pernah berlaku kemalangan melibatkan lori sekitar kawasan itu.

Beliau berkata, pihaknya telah meninjau suatu kawasan yang akan dipertimbangkan sebagai lokasi baharu klinik desa kampung berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal klinik itu.

Sementara itu, merujuk kepada saranan agar KKM mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak kepada satu sistem yang bebas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, Zaliha berkata, ia merupakan pandangan yang baik, dan cadangan itu boleh dipertimbangkan.

“Komen saya, itu pandangan yang baik. Kita boleh pertimbangkan, tetapi seperti biasa, ia bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan cepat kerana ia melibatkan ekosistem perkhidmatan itu sendiri,” kata Ahli Parlimen Sekijang itu.

Jumaat lepas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dilaporkan menggesa KKM mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak sekiranya berhasrat meningkatkan kualiti di sektor itu.

Menurut Dr Zainal, kerajaan perlu mewujudkan sistem yang bebas agar kebajikan kumpulan berkenaan dapat ditambah baik.

-Sinar Harian

Tags: Banjirfasiliti kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd