• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Dakwa Washington Tiada Bukti TikTok Ancam Keselamatan AS

oleh AK-47
17/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
China Dakwa Washington Tiada Bukti TikTok Ancam Keselamatan AS
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – China pada Khamis mendakwa Washington tidak memberikan sebarang bukti bahawa aplikasi perkongsian video Tik Tok merupakan ancaman pada keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

“AS masih belum membuktikan bahawa Tik Tok mengancam keselamatan negaranya,” lapor Anadolu Agency memetik kenyataan jurucakap kementerian luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar di Beijing.

Wang menuduh Washington menyebar maklumat salah dan menyekat Tik Tok.

“AS wajar berhenti menyebarkan maklumat salah tentang keselamatan datanya, berhenti daripada menindas syarikat yang berkaitan dan menyediakan persekitaran yang terbuka, adil dan tidak mendiskriminasi peniagaan asing untuk melabur dan beropersi di AS,” katanya.

Kebimbangan Beijing terhadap kemungkinan tindakan oleh Washington terhadap aplikasi perkongsian video itu muncul selepas pemilik Tik Tok China berkata pentadbiran Biden telah meminta mereka menjual saham syarikat itu atau berhadapan risiko diharamkan di AS.

“China percaya bahawa keselamatan data tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyalahgunakan konsep keselamatan negara dan kuasa negara untuk menindas syarikat asing,” kata Wang.

Menurut eksekutif platform itu, 60 peratus saham syarikat induk Tik Tok ByteDance dimiliki oleh pelabur asing, 20 peratus oleh pekerja manakala 20 peratus lagi oleh pengasasnya.

-Sinar Harian

Tags: ASChinaTikTok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd