• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri Kewangan Qatar Berdepan Pertuduhan Rasuah, Seleweng Wang

oleh Mohd Arshad
19/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Menteri Kewangan Qatar Berdepan Pertuduhan Rasuah, Seleweng Wang
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI: Qatar hari ini memaklumkan bekas menteri kewangan negara itu akan berdepan pertuduhan termasuk rasuah dan penyelewengan ketika memegang jawatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Walaupun Ali Sharif al-Emadi ditahan pada Mei 2021, kesnya tidak didedahkan secara meluas kepada khalayak.

Dalam satu kenyataan ringkas seperti dilaporkan Agensi Berita Qatar, pendakwa raya mendakwa al-Emadi melakukan jenayah itu dan akan menghadapi perbicaraan di mahkamah jenayah.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada al-Emadi diwakili peguam.

Dalam laporan sama, agensi berita berkenaan tidak menjelaskan jumlah wang yang didakwa dicuri bekas menteri kewangan itu.

Nama al-Emadi menjadi terkenal di Emeriah Arab Bersatu (UAE) sewaktu emir sekarang menaiki tahta pada masa itu dan selepas menyelia transformasi Bank Nasional Qatar sehingga menjadi institusi pembiayaan terbesar di Timur Tengah.

Selain menjadi seorang pegawai paling berkuasa di Qatar, al-Emadi pernah berkhidmat sebagai pengerusi bank, dilantik menganggotai lembaga pengarah dalam entiti menguruskan dana kekayaan Qatar dan presiden lembaga eksekutif Qatar Airways.

Menurut Institut Dana Kekayaan Negara yang berpangkalan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar memegang aset sebanyak AS$475 bilion (RM2.1 trilion).

Di bawah Sheikh Tamim Hamad Al Thani selaku Emir Qatar sekarang, negara berkenaan baru-baru ini berusaha meningkatkan reputasi antarabangsanya melalui penganjuran temasya bola sepak, Piala Dunia FIFA 2022 dan mempromosikan pembaharuan politik.

Sebelum ini juga, Sheikh Tamim menggantikan perdana menteri negara itu tanpa penjelasan.

BHonline-

Tags: Menteri Kewangan QatarrasuahSeleweng Wang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd