• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Terima 50 Ambulans Domestik

oleh Mohd Arshad
28/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
ATM Terima 50 Ambulans Domestik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima 50 buah ambulans bagi menaik taraf fasiliti perkhidmatan kesihatan miliknya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ambulans baharu itu adalah sebahagian pelan tindakan untuk penggantian ambulans sedia ada.

“Perolehan ambulans baharu ini dibuat memandangkan keadaan ambulans sedia ada sudah uzur dan terlalu lama dan tidak sesuai untuk digunakan.

“Penggantian ini akan meningkatkan lagi keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya dalam proses penghantaran pesakit ke hospital ATM,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kesemua ambulans itu dibuat ketika keperluan mendesak sewaktu pandemik COVID-19.

“Sebahagian besar ambulans ATM digunakan untuk situasi kecemasan untuk menghantar pesakit COVID-19 ke hospital dan pusat kuaratin.

“Sebenarnya jumlah ambulans yang diperlukan adalah 130 buah, perolehan 50 buah ambulans ini merupakan ‘batch’ pertama, kita akan membuat pesanan baharu apabila keadaan kewangan baik,” katanya.

Beliau berkata, perolehan ambulans itu merupakan satu pelan jangka panjang

kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan.

“Selain itu, ia dapat memperkasakan aspek kebajikan warga kerja pertahanan dengan penyediaan fasiliti perubatan yang terbaik.

“Kementerian Pertahanan sentiasa peka dengan keperluan warga ATM berdasarkan teras kebajikan yang telah digariskan dalam konteks menjaga kebajikan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ambulans DomestikATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd