Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Diskaun Tol 10% Di...

KUALA LUMPUR - Pengguna di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun kadar...

Kuil Yahudi Terus Jadi...

LOS ANGELES - Kuil Yahudi di California diconteng dengan grafiti anti-Semitik, kata polis...

Wiski Dan Vodka Halal...

Sebuah syarikat pengeluar minuman keras telah mencipta dan memasarkan vodka dan wiski dalam 'versi...

E-Akhbar Terbitan NSTP Tarik...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tertarik dengan E-Akhbar terbitan...

Anak Mengaku Kelar Ibu Guna Pisau Potong Daging

MELAKA: Seorang anak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan mengelar ibu dan adik kandungnya sendiri, sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada kedua-dua mangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, berdepan penjara 80 tahun, namun Hakim Mohd. Sabri Ismail menangguhkan hukuman berkenaan sementara menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental.

Ia susulan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat beberapa isu berkaitan keadaan mental tertuduh.

Justeru, pendakwaan memohon tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor untuk pemeriksaan psikiatrik mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada ibu dan adiknya berusia 49 dan 11 tahun dengan menggunakan pisau potong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak.


Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Mac 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 40 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah menetapkan 19 April depan sebagai sebutan semula kes.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori