• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

oleh Mohd Arshad
31/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada pukul 3.33 petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Dewan Seri Utama.

Turut hadir isteri Mohd. Ali, Toh Puan Asmah Abd. Rahman dan isteri Ab. Rauf, Datin Seri Zuriyah Ab. Aziz.

Ab. Rauf, 61, sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka dicalonkan UMNO bagi menggantikan Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang melepaskan jawatannya pada Selasa lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahkan perkara itu dan memberitahu pihaknya telah mengutuskan warkah kepada Tun Mohd. Ali untuk menyerahkan surat peletakan jawatan dan mencadangkan Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Ini merupakan kali kedua Melaka melaksanakan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.

Sulaiman mengangkat sumpah kali pertama sebagai Ketua Menteri Melaka pada 9 Mac 2020 menggantikan pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri, Adly Zahari yang tumbang pada 25 Februari 2020 selepas kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerajaan Sulaiman bagaimanapun hanya bertahan sehingga 4 Oktober 2021 selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadapnya, sekali gus menyebabkan PRN terpaksa dilaksanakan.

Pada PRN tersebut, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi DUN Melaka iaitu lebih dua pertiga, diikuti PH dengan lima kerusi dan PN dua kerusi.

Ini membolehkan Sulaiman yang ketika itu merupakan poster boy mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 seperti mana dijanjikan BN dalam manifesto pilihan raya.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dalam PRN Melaka dengan majoriti 364 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

Bagaimanapun, istiadat angkat sumpah yang dilakukan pukul 12.58 tengah malam pada 21 November 2021 telah menimbulkan pelbagai polemik politik dan spekulasi termasuk Ab. Rauf yang ‘berhajat’ untuk menduduk kerusi nombor satu negeri ini.

Dalam pada itu, semasa pengambilalihan kerajaan negeri daripada PH pada Mac 2020, Ab. Rauf yang ketika itu bukan ADUN dilantik memegang jawatan Yang Dipertua DUN Melaka.

-Kosmo Online

Tags: Ab. Rauf YusohKetua Menteri Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi Tangkap Anjing Liar: Warga Emas Didakwa Halang Tugas Penjawat Awam

Next Post

Kekurangan 19,431 Guru Libatkan Seluruh Negara

Related Posts

Ab. Rauf Sahkan Melaka Bentuk Kerajaan Perpaduan

Ab. Rauf Sahkan Melaka Bentuk Kerajaan Perpaduan

01/04/2023
0

MELAKA: Konsep kerajaan perpaduan seperti mana diamalkan di peringkat Persekutuan akan diterjemahkan dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu di bawah...

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

21/09/2022
0

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perkara...

Next Post
Kekurangan 19,431 Guru Libatkan Seluruh Negara

Kekurangan 19,431 Guru Libatkan Seluruh Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd