Sample Page Title

Seremban : Lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, Port Dickson, yang mayat mangsa ditemukan pada 18 Februari lalu, disambung reman selama seminggu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata perintah sambung reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seremban, Loh Xian Yi, hari ini.

Tempoh reman seminggu sebelum ini tamat hari ini.

“Kesemua mereka tiada dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya, dalam kenyataan, di sini.

Mayat mangsa lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap serta kedua-dua kaki dan tangan diikat dengan tali di kebun tersebut, dipercayai dibunuh bermotifkan dendam.

Polis kemudiannya menahan empat lelaki berkenaan di Shah Alam, Selangor manakala seorang lagi ditahan di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur pada 19 Februari dengan siasatan awal mendapati beberapa suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...