• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: Teliti Semula Projek Rintis Ubat PrEP Kepada LGBT

oleh Mohd Arshad
15/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Parlimen: Teliti Semula Projek Rintis Ubat PrEP Kepada LGBT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan digesa supaya menyemak semula rancangan projek rintis penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) dalam kalangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) berkata, pemberian PrEP bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV memerlukan pendekatan menyeluruh bagi memastikan golongan itu tidak terus berkembang dalam negara ini.

“Implikasi tindakan kementerian sangat besar khususnya terhadap perkembangan golongan ini dalam negara. Saya harap kerajaan teliti semula projek ini. Bukan kerana saya tolak prinsip kementerian menyelamatkan golongan berisiko kepada HIV, tetapi ini memerlukan pendekatan menyeluruh.

“Kementerian juga wajar mengambil pandangan dari sudut agama dan moral secara bersama dalam menangani isu ini. Sinergi bersama Jakim dan majlis fatwa negeri harus berunding bersama bagi mengelakkan implikasi semakin parah,” katanya semasa Perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Pada Disember tahun, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerajaan akan melakukan projek rintis penggunan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Penggunaan ubat PrEP dikatakan mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV menerusi seks kira-kira 90 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyarankan supaya kerajaan mengemukakan statistik semasa setiap golongan LGBT dan punca budaya songsang itu terus menular dalam negara.

“Kerajaan perlu menggubal dasar bagi menolak prinsip tuntutan orientasi seksual dan identiti gender yang menjadi lapangan perjuangan golongan LGBT.

“Selain itu, dasar perlu ada bagi melakukan sekatan terhadap media sosial sama ada dalam dan luar negara yang mengandungi unsur LGBT, mengukuhkan dasar institusi kekeluargaan bagi mengurangkan pengaruh dan gelombang LGBT,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: LGBTParlimenUbat PrEP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd