• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Kaji Laksana Manifesto

oleh Mohd Arshad
07/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Kaji Laksana Manifesto
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini antaranya membincangkan mengenai pelaksanaan manifesto atau akujanji parti gabungan membentuk kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan itu akan menjurus kepada mencari titik persamaan agenda rakyat dalam manifesto parti gabungan.

“Kita mungkin membincangkan beberapa agenda bagi memperkukuhkan kerajaan, bukan sahaja politik malah agenda merakyatkan berdasar manifesto atau akujanji mana-mana parti.

“Perkara ini penting supaya kita dapat mencari titik persamaan bagi pelaksanaannya oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat di ibu pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini.

Mesyuarat yang bakal berlangsung di Menara Dato Onn dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) akan dihadiri dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga akan dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Ahmad Zahid.

Turut dijangka hadir, pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, mesyuarat terbabit dapat menjadi platform menyatupadukan semua 148 Ahli Parlimen kerajaan dalam memperkasakan kerajaan sedia ada.

“Kita mahu melihat semua 148 Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan, dapat mewujudkan penyatuan terutama untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Ini kerana sejak Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11), itulah kali terakhir mana-mana kerajaan ada suara majoriti dua pertiga,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat itu yang ditubuhkan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan pejabat urusannya bertempat di Menara Dato’ Onn.

Timbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, akan mengetuai sekretariat berkenaan.

Sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang sudah disepakati.

-Berita Harian

Tags: manifestoMesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MUDA Merungut Tak Dipanggil Ke Mesyuarat Parti Kerajaan

MUDA Merungut Tak Dipanggil Ke Mesyuarat Parti Kerajaan

08/02/2023
0

Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) mengeluh mereka tidak diundang ke mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di ibu pejabat Umno di Kuala...

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

20/12/2022
0

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat pihak yang terbabit memenuhi manifesto pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd