• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mas Ermieyati Kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah

oleh AK-47
07/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mas Ermieyati Kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Abdul Hakim Abdul Halim untuk membatalkan kemenangan tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan yang dibuat Hakim Datuk Anselm Fernandis menolak petisyen itu dan memerintahkan Abdul Hakim membayar kos perundangan kepada Mas Ermieyati sebagai responden.

Anselm Fernandis berkata, mahkamah menerima dua daripada empat bantahan awal yang dibangkitkan peguam plaintif, dua daripadanya mempunyai merit untuk ditolak di bawah Seksyen 36(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selain petisyen difailkan di luar waktu ditetapkan di bawah Seksyen 38 akta sama.

Mahkamah juga mendapati pempetisyen gagal menjelaskan dan membuat perincian berhubung wujud unsur sokongan oleh beberapa individu yang dikaitkan dengan responden yang didakwa dilantik sebagai ejennya.

Abdul Hakim pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen itu atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU15.

Mas Ermieyati diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu manakala Abdul Hakim diwakili peguam Rosfinah Rahmah.

Rosfinah yang ditemui pemberita berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bagi membolehkan petisyen yang difailkan dibicarakan.

Pada PRU15 lalu Mas Ermieyati menang dengan majoriti 4,411 undi dengan menewaskan empat calon lain iaitu Abdul Hakim Mutalib Uthman daripada parti MUDA dan Handrawirawan Abu Bakar daripada Gerakan Tanah Air (GTA).

-Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenMas Ermieyati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd