• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAFS Mahu Wujud Sistem Data Raya Pantau Bekalan Sayur

oleh Mohd Arshad
04/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
MAFS Mahu Wujud Sistem Data Raya Pantau Bekalan Sayur
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat secara ‘real time’ (waktu sebenar) bekalan sayur-sayuran di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah jangka panjang itu penting bagi memastikan bekalan sayur berkenaan dapat dipantau dengan sistematik.

Beliau berkata, sistem data raya itu akan membantu membuat unjuran dan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sistem itu akan memantau jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran.

“Pagi ini, saya membaca laporan mengenai kekurangan bekalan sayur seperti kacang panjang, bendi dan terung,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini tadi.

Menurutnya, beliau turut mengarahkan pegawai dan agensi terlibat seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengambil langkah intervensi segera bagi menambah dan mencukupkan bekalan.

Mengulas lanjut mengenai sistem data raya itu, Mohamad berkata, ia akan menbantu pihaknya memantau bekalan dan pengeluaran sayur-sayuran di seluruh negara hanya menerusi telefon pintar pada bila-bila masa.

“Misalnya, jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini.

“Saya yakin ramai anak muda di luar sana mampu menghasilkan sistem ini dan MAFS tidak ada halangan untuk memberikan dana yang sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Bekalan SayurMAFSSistem Data Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inisiatif Menu Rahmah Perlu Segera Diperluaskan Ke IPT

Next Post

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

Related Posts

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

19/03/2024
0

PUTRAJAYA - Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini perlu ditangani secara menyeluruh, kata Menteri Dalam...

Banjir: Bekalan Sayur Di Johor Mencukupi Menjelang Ramadan

Banjir: Bekalan Sayur Di Johor Mencukupi Menjelang Ramadan

15/03/2023
0

PENGERANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan, bekalan sayur di Johor menjelang Ramadan, mencukupi walaupun beberapa daerah di...

Next Post
5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd