Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Rakam Wanita...

BAHAU - Hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas mendapati seorang...

Siti Noor Raih Gangsa,...

RIO DE JANEIRO - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat...

Polis Kluang Tahan Individu...

KUALA LUMPUR – Polis Kluang hari ini menahan seorang individu yang menghina mendiang...

Guru Dipukul Pelajar Hanya...

NEW JERSEY – Gara-gara marahkan gurunya yang merampas telefon bimbit, seorang remaja bertindak ganas...

MAFS Mahu Wujud Sistem Data Raya Pantau Bekalan Sayur

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat secara ‘real time’ (waktu sebenar) bekalan sayur-sayuran di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah jangka panjang itu penting bagi memastikan bekalan sayur berkenaan dapat dipantau dengan sistematik.

Beliau berkata, sistem data raya itu akan membantu membuat unjuran dan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sistem itu akan memantau jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran.

“Pagi ini, saya membaca laporan mengenai kekurangan bekalan sayur seperti kacang panjang, bendi dan terung,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini tadi.


Menurutnya, beliau turut mengarahkan pegawai dan agensi terlibat seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengambil langkah intervensi segera bagi menambah dan mencukupkan bekalan.

Mengulas lanjut mengenai sistem data raya itu, Mohamad berkata, ia akan menbantu pihaknya memantau bekalan dan pengeluaran sayur-sayuran di seluruh negara hanya menerusi telefon pintar pada bila-bila masa.

“Misalnya, jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini.

“Saya yakin ramai anak muda di luar sana mampu menghasilkan sistem ini dan MAFS tidak ada halangan untuk memberikan dana yang sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori