Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gugur Muhyiddin Keputusan Yang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin...

ICERD: Hayati Pandangan Bekas...

KANGAR – Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak...

Ling Liong Sik Gagal...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas presiden...

ADUN Ditahan Positif Dadah

BUKIT MERTAJAM: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak ditahan polis selepas...

Lembaga Peperiksaan Nafi Guna Pempengaruh TikTok Bagi UMBI SPM 2022

PUTRAJAYA : Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara bagi Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

LP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti serta mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris.

“Mereka yang terbabit juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022.

“Sehubungan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh. LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin,” menurut kenyataan itu.

Perihal UMBI SPM 2022, yang berlangsung pada 16 Februari lalu, tular di media sosial apabila sesetengah netizen mempersoal kredibiliti pelontar audio yang didakwa adalah pempengaruh TikTok manakala calon peperiksaan pula berdepan masalah ketika ujian kerana pertuturan individu terbabit tidak jelas dan laju.

Menurut LP, keputusan menggunakan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM 2022 dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan termasuk format soalan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu objektif aneka pilihan, objektif pelbagai bentuk dan subjektif respons terhad.


“Oleh itu, UMBI SPM memerlukan calon mendengar, menganalisis konteks situasi dan memahami maksud keseluruhan bahan audio yang dimainkan.

“LP juga memastikan item atau instrumen yang dibina mencapai tahap kebolehtadbiran, keesahan, kebolehpercayaan dan kewibawaan. Tahap ini diberikan perhatian agar item atau instrumen tersebut adalah adil dan saksama kepada calon,” katanya.

Selain itu, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi ‘Common European Framework of References for Languages’ (CEFR).

Kenyataan itu turut menyebut pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022 adalah berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan standard pertuturan serta perbualan selain aspek autentik pada penutur juga dititikberatkan bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi.

“Praujian juga telah diadakan dan melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi sama ada bandar dan luar bandar bagi menentusahkan item atau instrumen adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori