Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Buaya Melompat Ke Udara,...

TERTARIK melihat seekor buaya bersaiz besar, seorang jurufoto dari Australia mengambil keputusan merakam...

Penambahbaikan Dan Perubahan Diteruskan...

LABUAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan di bawah pimpinan Barisan...

Polis Bangladesh Tarik Balik...

DHAKA - Polis Bangladesh hari ini menarik balik kawalan keselamatan di sekeliling pejabat...

PBB Beri Amaran Perubahan...

MOSCOW: Jumlah kebakaran hutan di seluruh dunia mungkin meningkat 14 peratus menjelang 2030...

Lelaki Warga Myanmar Maut Kereta Terbabas

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Myanmar maut setelah kereta dipandunya terbabas di Kilometer 258.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nahas itu mengakibatkan Min Myo Htet, 20, mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, maklumat kemalangan membabitkan kereta Proton Gen 2 itu diterima pada pukul 2.15 petang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi di bahu jalan sebelah kiri.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing dan pemandu pula tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh di lorong kanan.


“Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan ketika cuaca hujan itu berlaku di jalan selekoh, sehala dua lorong dan dipisahkan penghadang batu.

“Siasatan mendapati, punca kemalangan ekoran kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri. Nahas itu menyebabkan kereta mangsa rosak teruk terutama di bahagian hadapan dan belakang.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori