• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Siasat Dakwaan Guru Minta Murid Tukar Agama

oleh Mohd Arshad
09/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Siasat Dakwaan Guru Minta Murid Tukar Agama
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan awal bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkaitan dakwaan guru yang meminta murid untuk menukar agama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, KPM berkata, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama.

“KPM merujuk kepada video sidang media yang tular di Facebook pada semalam berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

“KPM mendapatkan maklum balas awal daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung kenyataan video tular tersebut. Siasatan awal dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat,” katanya.

Menurut KPM, pihaknya memandang serius terhadap isu yang dilaporkan selain menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmoniaan kaum dan negara.

Selain itu, katanya, KPM juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut.

“KPM tidak akan berkrompomi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama,” ujarnya.

Semalam sebuah portal berita melaporkan, seorang guru didakwa menggalakkan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memeluk Islam dengan mendakwa ia akan meningkatkan peluangnya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan.

UtusanOnline-

Tags: GuruKPMTukar Agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd