Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Penduduk Ranau Masih Trauma...

RANAU - Urusan harian di pekan Ranau berjalan seperti biasa walaupun daerah berkenaan...

Mustapa Bentang Usul Malaysia...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka...

PPS Dewan Komuniti Kota...

KOTA KINABALU - Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu, Kota Marudu,...

AirAsia Peneraju LCC Dunia...

KUALA LUMPUR – AirAsia dinamakan sebagai Peneraju Penerbangan Tambang Murah (LCC) Dunia untuk...

KKM Yang Maklumkan Perolehan Vaksin Tak Ikut Peraturan – PM

KUALA LUMPUR : Dakwaan perolehan vaksin COVID-19 tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan Peguam Negara, dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri memaklumkan, Kabinet memandang serius dakwaan berkenaan selepas dimaklumkan oleh KKM, dan menjadi tanggungjawab badan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan kesahihannya.

Beliau menegaskan tidak campur tangan dalam siasatan mengenai dakwaan itu, dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada wujud perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam tatacara perolehan vaksin terbabit.

“Itu serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain. Bukan urusan saya lagi.

“Yang saya maklumkan itu hanya kenyataan yang disediakan oleh KKM, dan Kabinet mengambil perhatian.

“Kemudian badan-badan siasatan harus siasat sama ada benar atau tidak dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menafikan dakwaan mengatakan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut Khairy, semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Kabinet, sekali gus dimaklumkan kepada AGC.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri pada sidang media Rabu lalu, yang memaklumkan KKM akan membentangkan Kertas Putih berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan Peguam Negara.

Sebelum ini, Datuk Dr Marzuki Mohamad, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut menegaskan isu perolehan vaksin tidak perlu lagi dipersoalkan kerana ia sudah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Marzuki, laporan PAC setebal 521 muka surat, yang ketika itu turut dianggotai Pengerusi PAC daripada DAP, Wong Lah Woh dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, mengesahkan perolehan vaksin COVID-19 dibuat secara teratur.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori