• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Percepat Rundingan Ke Arah Sistem Tol Terbuka

oleh AK-47
16/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kementerian Percepat Rundingan Ke Arah Sistem Tol Terbuka
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Kerja Raya akan mempercepatkan rundingan termasuk dengan Kementerian Kewangan bagi mewujudkan sistem bayaran tol terbuka di semua lebuh raya tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sistem yang akan diperkenalkan itu bagi membolehkan pengguna lebuh raya tidak hanya bergantung kepada sistem sedia ada.

Menurutnya, mereka boleh menggunakan pelbagai kaedah yang akan ditawarkan dengan lebih mudah dan cepat sekali gus akan dapat mengurangkan kesesakan kenderaan terutama di plaza-plaza tol.

Katanya, langkah yang membabitkan syarikat konsesi dan pemain industri itu sebagai pelan jangka pendek sebelum pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya (MLFF) yang akan dilaksanakan menjelang 2025.

“Kita akan menguji kaji sistem ini, akan ada projek perintis untuk kita pastikan mana yang terbaik.

“Bila telah berpuas hati, baharu sistem bayaran tol terbuka ini akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Pengecas Berkelajuan Tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Electron di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad, Datuk Mohd Izani Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Indera Baharin Din.

Ditanya mengenai sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya (MLFF), beliau berkata, pelan perancangan sistem itu dijangka akan direalisasikan pada tahun 2025, namun percaya ia akan dilaksanakan lebih awal.

“Sekarang kita menjurus kepada (MLFF) yang perlu dirancang sebaik-baiknya.

“Kita ada garis masa akan dilaksanakan 2025 namun jangka akan buat lebih awal dari tahun tersebut,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: RundinganSistem Tol Terbuka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elaun Khas Untuk Petugas SAR Di Turkiye

Next Post

MySejahtera Cuba Digodam 1.12 Juta Kali

Related Posts

JAKIM Beri Peringatan Tegas Kepada Vern’s

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

08/04/2024
0

KAHERAH - Rundingan damai di ibu kota Mesir bertujuan untuk melaksanakan gencatan senjata di Genting Gaza pada akhir minggu lalu...

Tiada Normalisasi Hubungan Israel Tanpa Negara Palestin - Arab Saudi

Arab Saudi Tangguh Rundingan Dengan Israel

14/10/2023
0

RIYADH : Arab Saudi menangguhkan rundingan mengenai kemungkinan untuk kembali menormalisasikan hubungan dengan Israel, kata sumber kepada AFP hari ini....

Next Post
MySejahtera Cuba Digodam 1.12 Juta Kali

MySejahtera Cuba Digodam 1.12 Juta Kali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd