Sample Page Title

KUALA TERENGGANU : Seorang kakitangan kontrak sebuah hotel dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol dua rakan sekerja, hujung tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Wan Tazilah Wan Harun, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 18 tahun tujuh bulan di sebuah hotel di sini antara pukul 6.30 petang sehingga 10 malam pada 27 Disember 2022.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Wan Tazilah didakwa mengulangi perbuatan itu ke atas seorang lagi mangsa yang berumur 16 tahun tiga bulan di lokasi, masa dan tarikh sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK).

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...