• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

oleh AK-47
24/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Johari Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sah bakal merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Johari yang merupakan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyerahkan borang pencalonannya hari ini di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Johari menjadi pemimpin Umno keempat yang menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga slot jawatan itu.

Gambarnya menyerahkan borang tersebut turut disiarkan di laman Umno Online, hari ini.

Dua penyandang jawatan naib presiden, Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu.

Tiga lagi calon yang akan bertanding untuk jawatan itu adalah ahli MKT Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah dan bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad. Shamsul Anuar dan Hasni menghantar borang pencalonan mereka hari ini.

Bagaimanapun seorang lagi penyandang jawatan itu, Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas perdana menteri belum membuat pengumuman sama ada akan mempertahankan jawatan itu atau tidak.

Tarikh tutup pendaftaran calon pemilihan Umno kali ini adalah dua hari lagi.

-Malaysia Kini

Tags: johari abdul ghaniNaib Presiden UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd