• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

oleh Mohd Arshad
01/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses pelepasan masuk pelancong asing ke negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi penugasan mereka yang bermula hari ini, seramai 780 pelancong dapat diberi pelepasan masuk dalam tempoh sejam, berbanding kebiasaannya 495 orang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata seramai 12 petugas QRT diletakkan di kaunter KLIA hari ini bagi membantu pegawai lain ketika waktu puncak.

Beliau berkata, QRT yang disertai 30 petugas itu, dibahagikan kepada dua pasukan di KLIA dan klia2 terdiri dari kumpulan pegawai yang bertugas di sektor operasi dan lain-lain perkhidmatan sokongan.

Katanya, mereka sudah diberikan pendedahan dan latihan sebelum ditugaskan di kaunter-kaunter berkenaan.

“Pasukan QRT ini akan bertugas pada waktu puncak bermula jam 2 petang sehingga 8 malam membabitkan 26 kaunter di KLIA dan faktor kesesakan waktu puncak ini disebabkan oleh faktor pemeriksaan ketat terhadap pelawat asing dari negara berisiko tinggi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan QRT di KLIA di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilapor mengarahkan penambahan anggota kastam dan imigresen serta-merta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor.

Anwar menyatakan, usaha itu perlu sebagai langkah untuk menyelesaikan isu kesesakan di pintu masuk sempadan Malaysia- Singapura itu.

Khairul Dzaimee berkata, inisiatif QRT ini juga akan dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Imigresen dan Kastam Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 6 Februari ini.

Menurutnya, ia selaras dengan saranan Perdana Menteri dan pada masa ini seramai 40 pegawai dari sektor operasi sedang menjalani latihan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan.

Katanya, faktor kesesakan lain yang dikesan di kaunter Imigresen di KLIA adalah ketibaan penerbangan setiap lima hingga 10 minit atau jumlah ketibaan di antara 26 dan 27 penerbangan dalam tempoh empat jam pada waktu puncak dan kaunter tidak beroperasi secara optimum.

“Statistik kemasukan pelancong asing pada tahun lalu merekodkan seramai 5,778,393 orang dengan anggaran bulanan seramai 481,532 orang atau harian 16,051 orang dan 668 setiap jam,” katanya.

Khairul Dzaimee turut memaklumkan, statistik kemasukan pelancong warga asing ke negara ini mencatatkan seramai 495,210 orang sehingga 31 Januari lalu.

Menurutnya, anggaran harian bagi pelancong warga asing yang masuk adalah seramai 15,975 dan 666 orang per jam.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, inisiatif menangani kesesakan di KLIA turut diperluas melalui kemudahan pintu automatik kepada pemegang pas jangka panjang yang dilancarkan pada 15 November lalu.

Katanya, sehingga 29 Januari lalu seramai 15,708 pelawat Pemegang Pas Jangka Panjang sudah menggunakan kemudahan pintu automatik di KLIA.

-Berita Harian

Tags: KLIAKLIA2QRT Imigresen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd