• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat PATI Myanmar Ditahan Cuba Masuk Malaysia

oleh Mohd Arshad
11/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Empat PATI Myanmar Ditahan Cuba Masuk Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang memasuki negara ini secara tidak sah semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua PATI itu ditahan pada pukul 10.30 pagi semasa anggota bertugas melakukan rondaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua parti itu ditahan semasa cuba masuk ke negara melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara untuk mencari peluang pekerjaan.

“Kesemua PATI yang ditahan berusia antara 29 hingga 40 tahun. Kita turut merampas empat buah telefon bimbit, dua buah motosikal serta wang tunai (matawang Thailand).

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 4,721.99. Kesemua PATI itu kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujarnya, ATM akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI.

-Utusan Online

Tags: MyanmarPatiTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd