Kuantan : Dua kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu RM5,940 pada Februari tahun lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suspek lelaki berusia 41 tahun yang bertugas di bahagian pengurusan kualiti PAIP manakala suspek wanita berusia 42 tahun pula pembantu operasi PAIP dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Menurut sumber, mereka dipercayai ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang kira-kira jam 8 malam tadi.
Dua suspek terbabit disyaki membuat tuntutan berkaitan penyediaan makan dan minum serta peralatan berkaitan untuk peserta kursus pada 24 hingga 25 Februari tahun lalu.
Bagaimanapun, kerja terbabit tidak dilaksanakan.
Sementara itu Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad [email protected] mengesahkan penahanan itu, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.
-Harian Metro