Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bagaimana Kerajaan Mampu Umum...

Facebook Najib Razakhttps://www.facebook.com/157851205951/posts/10157770861310952/RAMAI yang mula tertanya-tanya bagaimana kerajaan masih mampu mengumumkan pakej...

Jemaah Haji Dinasihat Berehat...

MADINAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya mendapatkan rehat  secukupnya sebelum berlepas ke Madinah, kata Pengurus Terminal Madinah 1438H Mohamad Zahir Hussin.Menurut beliau, ini...

Kedai Roti Di Lubnan...

BEIRUT: Lebih banyak kedai roti di selatan Lubnan akan menggantung perniagaan di tengah-tengah...

Gambar Buka Puasa Di...

GAMBAR sebuah majlis berbuka puasa didakwa dianjurkan sebuah gereja di Kuching, Sarawak kini...

Dakwaan Wujud Kem Dalam Pemilihan UMNO Hanya Andaian – Wan Rosdy

KUANTAN : Dakwaan wujudnya kem dalam kalangan calon yang menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan disifatkan sebagai andaian semata-mata.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga antara tujuh calon bagi merebut jawatan Naib Presiden, berkata dakwaan wujud kem propresiden, antipresiden dan bebas, dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma ‘pandangan dua atau tiga tokoh’.

“Saya sendiri tak tahu (wujud kem berbeza)… saya ingat ini (pertandingan Naib Presiden) terbuka kepada semua dan kita semua menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti jika diberikan peluang dan kepercayaan.

“Saya harap saingan dan pertandingan juga berjalan secara sihat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun serta Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin.


Selain Wan Rosdy, turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan itu ialah dua penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut menawarkan diri ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohamad, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Rosdy berharap kejayaan MBK memperoleh 30 anugerah di pelbagai peringkat dalam tempoh dua tahun ‘bergelar’ bandar raya menjadi pendorong kepada MBK, majlis perbandaran dan majlis daerah di Pahang untuk meningkatkan sistem penyampaian awam dengan lebih efektif, kolektif dan berdaya saing.

“Kita tidak boleh mudah berpuas hati atau terus dalam keadaan status quo. Sebaliknya harus menggandakan usaha, mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif, berfikiran luar kotak serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi untuk terus berjaya,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori