Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

24 April Tarikh Pemilihan...

KUCHING - Tarikh 29 April menjadi penentu siapa bakal Presiden Persatuan Badminton Malaysia...

Wee Wern Berdepan Sivasangari...

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern dan juara...

1,228 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini melonjak dan mencatatkan...

Pendakwaan Muhyiddin Bukan Serang...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah...

Bumbung Beranda Kuarters Kesihatan Pekan Runtuh

PEKAN: Penghuni sebuah rumah jenis kuarters nyaris maut apabila atap beranda hadapan bangunan berkenaan tiba-tiba runtuh kira-kira pukul 2.58 petang hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, runtuhan tersebut melibatkan sebuah kuarters Jabatan Kesihatan Pekan di sini.

Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pekan (BBP) segera ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Runtuhan itu menyebabkan dua kenderaan yang diparkir di bawah beranda kuarters mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Zulfadli berkata, pihak bomba segera membuat pemeriksaan terperinci keadaan kediaman itu bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Katanya, kemudiannya kerja-kerja pemindahan dokumen dan barang berharga dilakukan bersama-sama penghuju rumah terbabit.

“Pihak bomba seterusnya menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk membuat siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori