Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

2 Beranak Didakwa Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini...

Perlu Ada ‘Political Will’,...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar...

Pejabat Azalina Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman...

Resolusi EU Jejaskan 650,000...

JASIN - Resolusi Kesatuan Eropah (EU) terhadap larangan mengimport minyak sawit dari Malaysia...

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, setakat ini Malaysia mempunyai 337 balai bomba dan indeks risiko kebakaran dijadikan sebagai pengukur dalam menentukan keperluan menambah jumlah balai bomba.

“Jadi mana-mana (kawasan) yang ada keperluan mendesak, kita akan bina dahulu dan sudah tentu perkara ini bergantung kepada kewangan negara dan pembinaannya akan dilakukan mengikut fasa,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian acara Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia MADANI di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad.

Beliau berkata, pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu serta balai sedia ada.

Setakat ini jumlah anggota bomba di seluruh negara hampir 15,000 orang dan pengisian jawatan juga hampir penuh manakala bagi pengambilan baharu pada tahun ini seramai 509 telah dipilih.


Beliau berkata KPKT serta JBPM juga sentiasa memastikan anggota dan pegawai yang bertugas sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas mengenai apa yang berlaku sejak kebelakangan ini termasuk insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, beliau berkata setiap balai bomba serta anggotanya sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang perkara tidak diingini.

Sementara itu, Nga berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengeluarkan kompaun kepada pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan pembakaran terbuka khususnya sepanjang musim Monsun Barat Daya.

“Saya menasihatkan rakyat elak (melakukan) pembakaran terbuka dan arahan (kompaun) telah dikeluarkan kerana saya sangat bimbang sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Tahun lepas negara kerugian lebih RM2.6 bilion akibat pembakaran terbuka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan fenomena Monsun Barat Daya dijangka bermula semalam dan diramal berterusan sehingga September.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori