• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Cedera Digigit Beruang Matahari

oleh Mohd Arshad
02/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bomba Cedera Digigit Beruang Matahari
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Seorang pegawai bomba bantuan cedera akibat digigit seekor beruang matahari yang sesat di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah dekat Sungai Limau di sini pada Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika kejadian, mangsa, Mohamad Nizam Hamid, 27, bersama anggota bomba lain dikatakan sedang mengepung haiwan berkenaan untuk ditangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, akibat kejadian itu, mangsa kemungkinan mengalami kecederaan parah akibat terputus urat pergelangan tangan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 10 pagi dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi dipercayai di mana beruang berkenaan dilihat muncul.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba bersama penduduk kampung cuba mengepung beruang itu.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba, haiwan berkenaan bertindak agresif dan cuma menyerang anggota,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, tindakan mengepung haiwan itu bertujuan agar ia tidak lari sebelum ditangkap Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Sebelum Perhilitan sampai, anggota cuba kawal agar beruang itu lari, namun ia menjadi agresif. Kebetulan anggota saya berada di hadapan dan tak sempat lari sebelum diterkam dan gigit tangan kirinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa diselamatkan anggota bomba yang lain dan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Yan sebelum dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, anggota itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk menjalani pembedahan.

Video mengenai kejadian itu telah tular di media sosial menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di tangan dengan kesan darah akibat gigitan haiwan terbabit.

SinarHarian-

Tags: beruang matahariBombacederaGigit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Umum Kabinet Bayangan PN

Next Post

Pelatih PUSPEN Maut Dipercayai Dipukul

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Lantai Bangunan Ranap, 2 Cedera Termasuk Seorang Parah

Lantai Bangunan Ranap, 2 Cedera Termasuk Seorang Parah

07/03/2025
1

KOTA KINABALU: Sebuah restoran dan rumah penginapan ranap selepas lantai tingkat satu di sebuah bangunan kedai di Kompleks Segama, di...

Next Post
Pelatih PUSPEN Maut Dipercayai Dipukul

Pelatih PUSPEN Maut Dipercayai Dipukul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd