• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

71% Ahli KWSP Tak Cukup Duit Untuk Bersara – Anwar

oleh AK-47
23/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
71% Ahli KWSP Tak Cukup Duit Untuk Bersara – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 71 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) aktif yang berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara di atas paras kemiskinan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, berkata ia susulan empat pengeluaran khas KWSP semasa wabak Covid-19 menular.

Anwar berkata bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) menurun daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada 29 peratus pada akhir tahun 2022.

“Situasi ini secara langsung menunjukkan bahawa 71 peratus, atau lebih dua pertiga daripada ahli aktif mencarum berumur 55 tahun dan ke bawah berada dalam situasi yang serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan.

“KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara 4 sehingga 6 tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik,” katanya di Dewan Rakyat..

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian mengenai pengeluaran awal KWSP dan rancangan kerajaan untuk membantu pencarum membina semula simpanan mereka.

Anwar berkata sehingga 31 Dis 2022 sebanyak 6.7 peratus pencarum atau bersamaan 51 peratus daripada jumlah keseluruhan mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan KWSP

Justeru katanya, pengeluaran tambahan tidak berjadual akan menyebabkan lebih banyak masalah kepada pencarum dan akan menjejaskan pendapatan KWSP.

Menurutnya empat pengeluaran khas KWSP sejak 2020, menyaksikan sebanyak RM145 bilion simpanan telah dikeluarkan.

“Ini menyebabkan kekangan bagi penyertaan ke dalam peluang-peluang pelaburan baru dan akan memberikan kesan secara langsung dari segi kehilangan potensi pulangan jangka masa panjang yang turut menjejaskan peluang bagi menjana pendapatan untuk tujuan pembayaran dividen kepada ahli pada masa hadapan,” katanya.

Menjawab soalan Hajah Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh), Anwar berkata skim Bayaran Caruman Sukarela KWSP, yang diperkenalkan pada Julai 2022 mendapat sambutan menggalakkan.

Sehingga 31 Jan, katanya, seramai 315,702 ahli menyertai skim itu dengan menyumbang sebanyak RM527.7 juta.

Anwar turut menggalakkan mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyertai skim i-Saraan, yang ditetapkan kerajaan sebanyak 15 peratus atau sehingga RM250 setahun.

Skim Bayaran Caruman Sukarela dan skim i-Saraan dihadkan pada RM60,000 setahun.

Anwar berkata ahli KWSP juga boleh menambah akaun KWSP pasangan, ibu bapa atau anak mereka sehingga RM60,000 setahun.

Bagi ketua isi rumah atau pasangan yang berada dalam pangkalan data eKasih, mereka boleh menyertai skim i-Suri di mana kerajaan akan menyediakan intensif sehingga RM480 ​​setahun.

-Malaysia Kini

Tags: Ahli KWSPBersaraKWSPpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd