Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aplikasi Khusus Sempena Tahun...

BENTONG - Kerajaan negeri Pahang memperkenalkan aplikasi Visit Pahang Malaysia bagi memudahkan pelancong...

TNB Kedah Bertugas 24...

KUALA NERANG - Seramai 600 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah bersiap sedia...

Gosip Bercinta Dengan Remy...

PETALING JAYA - Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang...

Mayat Dibungkus Selimut Bercorak...

PENEMUAN mayat warga asing yang ditemui di celah-celah semak boleh dikatakan acapkali didengari.Persoalannya...

7 Orang Termasuk Bekas Banduan Ditahan Curi Kenderaan, Pecah Rumah

Kota Bharu: Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan daripada penjara kira-kira enam bulan lalu ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah rumah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kegiatan lelaki berusia 37 tahun itu terbongkar apabila ditahan bersama enam lagi lelaki dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di sini, antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan dilakukan hasil penemuan cap jari seorang daripada suspek di sebuah rumah yang dipecah masuk.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Kubang Kerian membuat serbuan menerusi Op Lejang.

“Ketika operasi menahan suspek berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota serbuan patah jari kelingking tangan kanan.

Namun, polis berjaya menahan tujuh lelaki berusia antara 36 hingga 58 tahun di dua rumah itu.

“Hasil pemeriksaan, kita menemukan lima kereta Proton Wira yang disyaki dicuri, peralatan mencuri kenderaan, alat pecah rumah, telefon bimbit dan sejumlah wang.

“Kenderaan ini dicuri sebelum dijual kepada pembeli dengan harga antara RM3,000 hingga RM5,000.


“Kenderaan ini dicuri kerana mendapat permintaan yang tinggi, mudah dijual dan mudah dibuka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, polis masih menjalankan siasatan sama ada mereka menjual kenderaan curi itu untuk digunakan dalam kegiatan lain termasuk penyeludupan dan sebagainya.

Beliau berkata, bekas banduan berkenaan yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau iaitu lima berkaitan dadah serta lima kes jenayah mengaku menjadi ketua kumpulan kepada kes pecah rumah dan curi kenderaan serta mereka juga disyaki bertindak sebagai sindiket.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 325/353 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 7 Februari ini,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori