• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 UMNO Cawangan DUN Klawang Usul Kerusi Diberi Kepada BN

oleh Mohd Arshad
12/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
16 UMNO Cawangan DUN Klawang Usul Kerusi Diberi Kepada BN
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU: Mesyuarat 16 UMNO cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang membuat usul supaya kerusi berkenaan yang kini disandang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua UMNO cawangan Kampung Kampai, Qhamarulzzaman Salim berkata berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, calon dari BN bagi Parlimen Jelebu berjaya menguasai lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berjaya mengurangkan undi pihak lawan di dua PDM yang kalah di DUN Klawang.

Pada pilihan raya yang sama, katanya, setiap PDM menunjukkan peningkatan jumlah undi berbanding pada PRU14 pada 2018.

“Selepas PRU15 lalu, Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dan kelihatan kerjasama yang jelas di antara PH dan BN namun di peringkat negeri ia masih kabur.

“Disebabkan itu, timbul pelbagai pandangan yang tidak sepatutnya apabila mendakwa UMNO dan BN seperti menyerah kalah dan putus harapan sehingga membiarkan pucuk pimpinan membuat keputusan berkenaan kedudukan kerusi DUN Klawang,” katanya ketika ditemui di sini.

Pada PRU14, calon PH, Datuk Bakri Sawir menang kerusi DUN Klawang dengan majoriti 976 undi mengalahkan dua calon lain termasuk BN.

Justeru, katanya, pimpinan UMNO di DUN Klawang mahu kerusi itu ditandingi oleh BN dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN itu nanti.

Oleh demikian, katanya, kepemimpinan UMNO serta BN sama ada negeri atau pusat perlu memperjuangkan usul dikemukakan 16 cawangan UMNO DUN Klawang sekiranya ada perundingan membabitkan PH dan BN.

Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Kampung Chenor, Yusof Fhadilah Sahat berkata kepemimpinan parti perlu melihat dan memperhalusi usul dikemukakan berdasarkan fakta keputusan PRU lalu.

“Sekiranya ada perundingan pengagihan kerusi, kita mahu kerusi DUN ini turut dibincangkan dengan sewajarnya,” katanya.

Pada PRU lalu calon BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias menang Parlimen Jelebu dengan majoriti undi 8,125 mengalahkan tiga calon lain berbanding 2,045 majoriti undi pada PRU14.

BHonline-

Tags: BNDUN KlawangUMNOusul kerusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd