• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yeoh Perlu Guna Kuasa Menteri, Korbankan Konsert Jay Chou – Armada

oleh AK-47
06/01/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Yeoh Perlu Guna Kuasa Menteri, Korbankan Konsert Jay Chou – Armada
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggunakan kuasanya untuk ‘mengorbankan’ konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang dijadual berlangsung 15 Jan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal berkata ia bagi membolehkan Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sepenuhnya untuk perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Sabtu ini.

Wan Fayhsal berkata pada separuh akhir Piala AFF 2018, seramai 87,545 penyokong hadir menyaksikan perlawanan berkenaan berbanding kali ini apabila 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert Jay Chou.

“Kenapa konsert hiburan oleh penyanyi Taiwan ini begitu penting berbanding maruah sukan negara dan kemahuan penyokong Harimau Malaya? Di saat kita ingin pupuk perpaduan dan patriotisme negara melalui sukan khususnya bola sepak, boleh pula diberi alasan sebegitu.

“Ini masalah bila Stadium Nasional yang sepatutnya mengutamakan sukan negara digunakan untuk acara lain yang sepatutnya boleh saja dibuat di tempat lain contohnya di Axiata Arena,” katanya dalam kenyataan.

Justeru Wan Fayhsal menggesa Hannah Yeoh menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk memperbetulkan keadaan.

“Menteri Belia dan Sukan perlu gunakan segala kuasa yang beliau ada untuk perbetulkan keadaan ini. Korbankan konsert artis Taiwan ini untuk membolehkan majoriti rakyat yang mahu menonton Harimau Malaya beraksi dalam sukan nombor 1 negara!

“Jangan khianati perjuangan para perwira negara kami!” katanya.

Semalam Yeoh menjelaskan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa ‘dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa yang berlangsung pada 15 Jan.

Hannah berkata pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan ditempah awal oleh pihak penganjur sejak Mac 2019 dan mustahil untuk mengubah situasi berkenaan memandangkan itu turut melibatkan jumlah kru yang ramai.

Terdahulu, kekosongan 21,000 tempat duduk itu mendapat kritikan daripada peminat bola sepak tanah air.

-Malaysia Kini

Tags: armadaHannah YeohKonsert Jay ChouKuasa Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara  Berhemah Penuh Hormat

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara Berhemah Penuh Hormat

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 163 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kebenaran dikenal pasti berada di atas tanah kerajaan berdasarkan...

Alasan Yang Memalukan…

Alasan Yang Memalukan…

17/04/2026
0

Oleh : Lim Sian See Alasan “lebih baik daripada tak buat apa-apa” yang diberikan oleh Hannah Yeoh selepas dikritik hebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd