Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar individu yang sebelum ini lantang bersuara mengenai isu rakyat ketika beliau menjadi Perdana Menteri, supaya ‘muncul’ berbuat perkara sama terhadap pentadbiran kerajaan sekarang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan siapa individu yang dimaksudnya.

“Mengenai (pengeluaran) KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), semalam, sewaktu saya sedang bersenam dan makan, ada mak cik datang dan mengadu pada saya minta kalau boleh mereka keluarkan KWSP.

“Dulu waktu (pentadbiran) saya, ramai yang bising bila kita membuat kajian, sama ada boleh dikeluarkan KWSP atau tidak. Akhirnya kita (benarkan) keluarkan.

“Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara kali ini minta untuk dikeluarkan KWSP. Mana-mana yang bersuara kuat semasa saya jadi Perdana Menteri dulu, silakan bersuara lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, hari ini.

Menyentuh saranan pihak tertentu yang menggesa supaya memboikot peniaga kedai makan kerana tidak mahu menurunkan harga makanan, Ismail berkata, tindakan itu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya bakal menyusahkan golongan itu.


Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani isu berbangkit dengan memikirkan cara untuk menurunkan harga barangan dan bukannya melepaskan tangan mahupun bertindak menghukum peniaga restoran.

“Dengan tahun arnab, saya berharap Malaysia lebih cergas dari segi ekonomi dan perkembangan ekonomi lebih baik berbanding tahun lepas. Dari segi kos sara hidup dapat dikurangkan kerana rakyat mengadu tentang kos sara hidup yang tidak menentu.

“Malah hari ini, saya dapat tahu dari laporan media tentang harga makanan meningkat, boikot kedai makan. Jadi perkara ini atau kenyataan seperti ini tidak membantu rakyat, bahkan lebih menyusahkan peniaga di restoran.

“Kalau bahan mentah meningkat, ayam harganya mahal, sayur mahal, ikan harga mahal, pasti peniaga di restoran menaikkan harga. Kalau kita boikot peniaga, kita akan lebih menyusahkan peniaga dan tak membantu mereka,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...